Australia Catat Kes Melepasi Paras 1,000 Penularan Varian Delta COVID-19

Australia Catat Kes Melepasi Paras 1,000 Penularan Varian Delta COVID-19

0
SHARE

SYDNEY, AUSTRALIA – Kes harian bagi Australia melepasi paras 1,000 dengan pernularan varian Delta COVID-19 di negara itu.

Negeri New South Wales mencatat 1,029 kes dan tiga (3) kematian semalam.

Kes pertama yang dikesan di pusat bandar ini pada Jun telah merebak ke kawasan lebih terpencil, menjangkiti 15,000 penduduk.

Dalam ini, Ketua Menteri New South Wales Gladys Berejiklian melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada mereka yang telah lengkap divaksin bermula pertengahan September.

“Seramai lima orang (lengkap divaksin) dibenarkan berkumpul di kawasan awam sehingga jumlah enam (6) daripada lapan (8) juta penduduk sini divaksin bagi mencapai Imuniti Kelompok,” katanya.

Menurutnya langkah itu diambil mengambil kira kesihatan mental penduduk dengan mengambil kira semua risiko.

The Straits Times melaporkan lebih separuh dari 25 juga penduduk Australia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dan diarah kekal di rumah sudah lebih dua bulan.

Secara keseluruhan, 48,000 kes aktif dikesan di negara tersebut dan 1,000 kematian turut dicatatkan.

Hampir satu per tiga penduduk Australia telah divaksin yang mana memperlihatkan dunia sedang berlumba-lumba mendapatkan bekalan vaksin.