PERDANA MENTERI MALAYSIA UCAP TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN ADIK PINTAR AMING DI...

PERDANA MENTERI MALAYSIA UCAP TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN ADIK PINTAR AMING DI TAWAU SABAH

0
SHARE
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan ucapan takziah ke atas pemergian Adik Aming hari ini...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan ucapan takziah ke atas pemergian Adik Aming hari ini.

Aming Muhammad Aming Salleh Abdullah atau turut dikenali sebagai ‘Adik Aming’ berusia lapan tahun meninggal dunia di Tawau Sabah awal pagi hari ini selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi.

Perkara yang menyedihkan itu disahkan sendiri oleh ibunya, Santi Sabri.

Adik Aming sebelum ini sangat dikenali oleh rakyat Sabah khususnya kerana kerap memuat naik video-video berunsur nasihat dan turut tular di laman media sosial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah antara video-video yang dimuat naik ‘Adik Aming’ di laman media sosial yang menghiburkan semua orang…

Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian Allahyarham adik Muhammad Aming Salleh Abdullah yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

“Saya pernah membuat hantaran di media sosial berkenaan pesanan yang baik-baik yang disampaikan oleh Allahyarham Adik Aming pada 23 Januari 2021.

“Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana.

“Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham adik Aming. Semoga tabah menghadapi ujian ini,” Ismail berkata lagi.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan ucapan takziah ke atas pemergian Adik Aming hari ini melalui satu hantaran pada Facebook miliknya sendiri…

Jenazah Allahyarham Adik Aming selesai dikebumikan dengan sempurna tengah hari tadi di Tawau Sabah.

Urusan pengkebumian Adik Aming selesai disempurnakan…