KOTA KINABALU: Jenama lampin bayi Merries terus memperkukuh sokongannya kepada ibu bapa di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak, menerusi pelbagai inisiatif yang membantu mereka menikmati pengalaman membesarkan anak dengan lebih tenang dan bermakna.
Menurut Kao Malaysia, setiap fasa perkembangan bayi, daripada senyuman pertama hingga langkah pertama, merupakan detik penting yang membina hubungan emosi antara ibu bapa dan anak.

Sehubungan itu, Merries menawarkan rangkaian produk lampin yang direka untuk memberikan keselesaan optimum kepada bayi, sekali gus membantu mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap isu ketidakselesaan dan penjagaan harian si kecil.
Bagi memenuhi keperluan ibu bapa moden yang semakin mementingkan penyelesaian praktikal dan berkualiti, produk Merries Super Premium Tape dan Merries Super Premium Pants dilengkapi teknologi kelembutan serta sistem pengudaraan dari Jepun bagi membantu memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa sepanjang hari.
Pendekatan itu dilihat penting terutama bagi bayi yang aktif bergerak dan sedang melalui proses tumbesaran pesat, selain membantu mengurangkan risiko kerengsaan kulit.
Dalam perkembangan berkaitan, Kao Malaysia turut memperkenalkan Merries Family Club Malaysia, sebuah platform kesetiaan pelanggan yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif serta sokongan digital kepada pengguna produk Merries di seluruh negara.
Melalui program itu, pengguna boleh mengumpul mata ganjaran dikenali sebagai “Merries Coins” bagi setiap pembelian produk Merries, dengan setiap pembelian bernilai RM1 melayakkan pengguna menerima satu mata ganjaran yang boleh ditebus untuk pelbagai hadiah.
Ahli baharu yang mendaftar menggunakan alamat e-mel sah dan melengkapkan proses pengesahan akaun turut menerima 50 Welcome Merries Coins.
Selain itu, platform berkenaan menyediakan kemudahan digital termasuk semakan status penghantaran resit, rekod mata ganjaran, sejarah penebusan hadiah serta pengurusan akaun pengguna secara dalam talian.
Merries Family Club turut menawarkan pelbagai kandungan berkaitan keibubapaan seperti panduan penjagaan bayi, pemilihan lampin yang sesuai dan maklumat kesihatan kulit bayi bagi membantu ibu bapa membuat keputusan yang lebih baik untuk anak mereka.
Program rujukan rakan yang diperkenalkan juga membolehkan ahli memperoleh mata ganjaran tambahan apabila berjaya mengajak pengguna baharu menyertai komuniti tersebut.
Menurut syarikat itu, falsafah Merries yang diambil daripada perkataan Inggeris “merry” atau ceria diterapkan dalam pembangunan produknya bagi memastikan bayi membesar dengan selesa, manakala ibu bapa dapat melalui perjalanan keibubapaan dengan lebih yakin dan gembira.
Bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan nilai kekeluargaan yang kukuh serta budaya saling membantu, pendekatan yang menekankan keselesaan, sokongan dan ketenangan fikiran itu dilihat selari dengan amalan komuniti setempat dalam membesarkan anak-anak.
Bagi ibu bapa yang berminat mencuba produk Merries, sampel percuma turut ditawarkan menerusi program khas yang boleh dipohon melalui laman sampel percuma Merries Family Club Malaysia.
Sampel yang disediakan adalah bagi lampin saiz NBx2s dan Sx2s sahaja, tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan.
Menurut pihak syarikat, setiap peserta layak menuntut satu pek sampel percuma dan penghantaran lazimnya mengambil masa antara empat hingga lima minggu.






