KOTA KINABALU, SABAH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ditunda kepada tarikh baru yang telah ditetapkan iaitu pada 21 sehingga 23 September.
Ianya penangguhan LIMA (5) minggu dari tarikh ditetapkan sebelum ini iaitu pada 24 sehingga 26 Ogos.
Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dalam sebuah kenyataan hari ini memaklumkan berhubung perubahan itu dalam sebuah Warta Kerajaan Negeri bertarikh 18 Ogos.
Warta itu juga telah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Noor.
Dalam warta itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata Fasal (1) Artikel 21 Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa Yang di-Pertua Negeri sabah boleh dari semasa ke semasa memangil Dewan Undangan Negeri bersidang.