KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sabah yang baharu ini segera menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Sabah (MPENS) untuk membantu kerajaan memulihkan dan melonjakkan semula ekonomi negeri Sabah selepas terjejas teruk selepas Parti Warisan mengambil alih kerajaan sepanjang dua (2) tahun yang lalu.
Majlis penasihat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menasihati Kerajaan Negeri Sabah dan juga membantu merancang program pembangunan serta menarik pelabur luar negara untuk datang ke Sabah.
Kerajaan Sabah yang baharu ini juga diharap dapat memujuk Tan Sri Musa Aman untuk mengetuai majlis penasihat yang baharu ini.
Pengalaman Tan Sri Musa yang begitu luas dalam ekonomi sangat diperlukan ketika ini, memandangkan keadaan ekonomi Sabah ketika ini dalam keadaan yang cukup tenat.
Sepanjang dua (2) tahun Parti Warisan mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah daripada Barisan Nasional (BN) yang lalu, kadar KDNK negeri telah menjunam ke paras terendah di Malaysia…
Umum mengetahui semasa Tan Sri Musa mengepalai pentadbiran negeri Sabah kadar KDNK Negeri Sabah adalah yang tertinggi di Malaysia dan berada pada kadar 8.2% dan selepas Shafie mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah, kadar KDNK terus menjunam ke paras 1.5% pada tahun 2018 dan 0.5% pada tahun 2019.

Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…
Penganalisis ekonomi berkata dalam keadaan seluruh dunia berhadapan dengan virus pandemik COVID-19 ketika ini, Kerajaan Negeri Sabah amat memerlukan perancangan ekonomi yang terbaik untuk memulihkan semula ekonominya.
Justeru, tokoh yang boleh dimanfaatkan sepenuh dan digunakan kepakarannya ketika ini adalah Tan Sri Musa Aman.

FAKTA yang harus diakui mengenai ketokohan Musa Aman ialah apabila berjaya mengumpulkan rezab kewangan untuk kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM3 billion hanya kurang dari 10 tahun semasa Musa memimpin Negeri Sabah.
Untuk rekod Musa telah menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 27 Mac 2003, pada waktu itu rezab kewangan negeri Sabah hanya berada RM180 juta dan kurang dari 10 tahun rezab kewangan tersebut berjaya dikumpulkan oleh Musa.
Pencapaian luar biasa Musa turut mendapat pengiktirafan apabila Kerajaan Negeri Sabah semasa era Musa sebelum ini telah mendapat sijil tanpa teguran selama 15 tahun beturut-turut dan juga mendapat pengiktirafan angerah “Triple-A” di atas urus tadbir kewangan yang baik oleh Jabatan Audit Negara.



Musa juga turut digelar sebagai ‘Arkitek’ dan ‘Bapa Pembangunan Negeri Sabah‘ dan satu-satunya anak jati Sabah tunggal yang pernah memiliki Bank sendiri.
Musa menceburkan diri dalam bidang perbankan sebelum aktif dalam politik, justeru memilih Musa mengetuai majlis penasihat ini dijangka akan mampu memulihkan semula ekonomi negeri Sabah.
Berikut adalah pencapaian Tan Sri Musa sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah;
1. Rezab kewangan Negeri Sabah mencecah 3 billion selepas hanya 180 juta semasa mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat.
2. Kilang Pusat Pemprosesan Minyak Sawit POIC) yang terbesar di Malaysia telah dibina di Lahad Datu.

3. Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berhampiran bangunan Tun Mustapha (Yayasan Sabah).

4. Pusat pemprosesan minyak gas Kimanis dan Sipitang.

5. Pusat Konvensyen Dunia berdekatan Bangunan Kastam.


6. Mahkamah Majistret Baharu Kota Kinabalu.

7. Hospital UMS yang sedang dibina bernilai RM652 Juta.

8. Jalan Lebuhraya Pan-Borneo.



9. Mahkamah Syariah bedekatan Masjid Bandaraya.

10. Hotel- hotel antarabangsa yang seperti Hilton dan banyak lagi dibina di Bandaraya Kota Kinabalu.

11. Jalan 4 lorong dan jejantas kenderaan yang sedang dibina di laluan jalan Sulaman, Inanam dan Luyang.

12. Pusat Rekreasi dan Riadah jalan Teluk Likas ke UMS yang terbaik di Malaysia.
13. Bangunan komersial yang sedang dibina di Kota Kinabalu.

14. Hutan berjaya ditanam semula, dipulihkan dan dirawat, seluas 700,000 hektar dan merupakan yang terbesar di Malaysia. Sebanyak 53 peratus (53%) atau 3.9 juta hektar tanah telah dirizabkan secara kekal sebagai kawasan hutan simpan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar melalui dasar pengurusan hutan lestari.