Tun M Bersama 12 Ahli Umum Keluar Dari Parti PEJUANG

Tun M Bersama 12 Ahli Umum Keluar Dari Parti PEJUANG

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau telah keluar parti itu bersama 12 lagi ahli lain, semalam.

Memetik sumber Bernama, menerusi satu notis kepada Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah menyebut keputusan terbabit dibuat susulan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

“Keputusan PEJUANG memutus hubungan dengan GTA secara langsung menyingkir kami daripada kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.

“Bagi kami matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatu-padukan parti Melayu, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang berprinsip dan berpegang kepada perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air.

“Di atas kesedaran ini, kami memilih untuk meneruskan perjuangan itu melalui GTA,” menurut notis berkenaan yang ditandatangani 13 ahli PEJUANG,” jelas dalam notis tersebut.

Notis itu dimuat naik dalam laman media sosial Facebook bekas Timbalan Presiden PEJUANG, Datuk Marzuki Yahya yang turut menandatangani notis berkenaan.