COVID-19: SERAMAI 956 ORANG SEMBUH, 958 KES BAHARU DAN 3 KEMATIAN DILAPORKAN...

COVID-19: SERAMAI 956 ORANG SEMBUH, 958 KES BAHARU DAN 3 KEMATIAN DILAPORKAN KKM HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 20 November 2020...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 956 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 39,088 kes (74.3%).

Menurut laporan KKM hari ini, SABAH mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 300 KES.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 958 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 52,638 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 13,221 kes.

DARIPADA 958 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lima (5) Kes import, manakala 953 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 110 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SABAH kekal menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 512 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat TIGA (3) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 329 kes (0.7%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana NEGERI SABAH kembali mencatat kes tertinggi hari ini (20 November 2020) sebanyak 512 KES daripada keseluruhan 958 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)