TAWAU, SABAH – Dalam satu operasi Op Benteng Covid, botronda Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dalam tugas perondaan kawasan laut perairan Tinagat Tawau telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan kelmarin.
Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, DSP Mohd Nazari Ismail berkata, “Kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, botronda yang dalam tugas perondaan kawasan perairan telah mengesan dan mengejar sebuah bot yang dalam keadaan mencurigakan. Bot tersebut bertindak memecut laju menghala ke perairan persisir pantai semasa pihak polis marin menghampiri. Walaubagaimanpun suspek bertindak dengan terjun ke laut dan berjaya melarikan diri.”
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan mendapati terdapat bungkusan yang disyaki mengandungi rokok seludup yang cuba dibawa masuk ke Tawau.
Bot serta rokok berkenaan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya.
Rampasan bot dan rokok jenis premium dianggarkan berjumlah RM 36,540.00…
Kes akan dirujuk ke Jabatan Kastam untuk siasatan selanjutnya.
Pasukan Polis Marin amat mengalu-alukan masyarakat pesisir pantai agar menyalurkan maklumat yang menyalahi undang-undang di kawasan perairan mereka melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 agar tindakan dapat dilaksanakan sekaligus memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat maritim sentiasa terjaga dan terkawal.