Anak-Anak Anggota Tentera Terima Vaksin Secara Pandu-Lalu Di Kem Lok Kawi

Anak-Anak Anggota Tentera Terima Vaksin Secara Pandu-Lalu Di Kem Lok Kawi

0
SHARE

LOK KAWI, SABAH – Seramai 259 anak anggota tentera Divisyen Kelima Infantri (5 Div) terdiri daripada pasukan naungan bawah 5 Div menerima vaksin yang dilaksanakan secara Pandu-Lalu (Drive-Thru) di Kem Lok Kawi pada semalam.

Tujuan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) itu dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha Tentera Darat dalam mendokong Program Imunisasi COVID-19 dan pemberian vaksin kepada anak-anak anggota tentera yang berumur antara 12 sehingga 17 tahun.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia berkata usaha tersebut selain bagi memastikan proses vaksinasi disegerakan agar tiada golongan yang tercicir dan seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok dalam kalangan tentera dan waris.

“Program yang dilaksanakan seawal jam 8.30 pagi semalam akan diteruskan di kem-kem tentera kawasan tanggungjawab 5 Div agar pemberian vaksin ini dapat diberikan kepada anak-anak anggota tentera…

“Pelaksanaan Vaksinasi Pandu Lalu ini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dengan mengutamakan aspek kesihatanan bagi mencapai tahap imuniti kelompok,” katanya.