TENOM: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas 134,600 batang rokok disyaki tidak bercukai dalam serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Amboi, di sini, kira-kira jam 8.20 pagi.
Operasi bersama JKDNKA IPD Tenom itu turut mengesan seorang lelaki dipercayai penjaga stor yang melarikan diri ke kawasan kebun getah berhampiran sebaik serbuan dijalankan.
Pemeriksaan menemui pelbagai jenama rokok disyaki tidak bercukai, termasuk Grow, Tex Light dan Astro Blue Berry Fuze, dengan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM167,520.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata, sehingga 30 Julai tahun ini, pihaknya merekodkan 44 kes di bawah akta sama, melibatkan 30 tangkapan dengan jumlah rampasan bernilai RM6.21 juta.






