JAKARTA, INDONESIA – Peniaga kaki lima membeli kereta idaman jenis Toyota Rush hasil daripada simpanan tabungan miliknya sejak tahun 2018 hingga kini telah menjadikan inspirasi buat semua orang dan mengejutkan pihak di pusat jualan kereta berkenaan.
Mengejutan lagi apabila Asriadi Syamsuddin yang mengumpul dan menyimpan wang perniagaan selama EMPAT (4) tahun itu menggunakan botol air minuman.
Terdapat SEMBILAN (9) botol syiling dan tiga kotak Rp2,000 yang disimpannya.
“Saya menabung sejak tahun 2018 sampai sekarang, ada dua ratus juta terkumpul,” katanya kepada media.
Wang tersebut terdiri daripada wang Rupiah 2,000 yang kesemuanya berjumlah Rp100 juta dan ratusan juta bakinya yang terdiri daripada duit syiling.
Memetik portal Detik.com, seorang pekerja pusat jualan kereta itu menyatakan Asriadi memang telah merancang ingin membeli sebuah kereta dengan harga Rp271 juta (RM78,256).
Difahamkan, wang simpanan itu diperoleh daripada pelanggannya setiap hari dan dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan dengan wang tersebut. Jadi, Asriadi memutuskan untuk mengumpul sahaja syiling-syiling yang diterimanya itu.
Ketika proses pembelian kereta idamannya itu, Asriadi difahamkan terpaksa meminjam kereta jirannya untuk mengangkut semua syiling yang ada ke pusat jualan kereta itu.
Malah, para pekerja di pusat jualan itu dilaporkan mengambil masa yang lama untuk mengira keseluruhan jumlah wang yang dibawa oleh Asriadi.