KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 725 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 30,304 kes (72.1%).
Dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 hari ini adalah sebanyak 869 KES, demikian menurut laporan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 42,050 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,446 kes.

DARIPADA 869 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak satu (1) Kes import, manakala 868 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 82 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 27 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dukacita memaklumkan terdapat ENAM (6) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 300 kes (0.7%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;







