Kemenangan Joe Biden Sebagai Presiden AS Tidak Diiktiraf Oleh China

Kemenangan Joe Biden Sebagai Presiden AS Tidak Diiktiraf Oleh China

0
SHARE
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin...

BEIJING, CHINA – Kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dalam pilihan raya baru-baru ini tidak diiktiraf oleh China selepas negara itu enggan mengucapkan tahniah kepada Joe Biden dan mengatakan bahawa keputusan penuh belum ditentukan.

Walaupun penyandangnya Donald Trump belum mengakui dan melancarkan beberapa cabaran undang-undang, banyak pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Biden dan timbalannya, Kamala Harris selepas Demokrat diumumkan sebagai pemenang dan perayaan spontan diraikan di bandar-bandar AS.

Joe Biden…

Empat (4) tahun Trump di Rumah Putih dikenang dengan perang perdagangan yang mahal dan hubungan yang semakin dingin dengan China, dengan kedua-dua kuasa itu salah menyalahkan bermula dari pandemik COVID-19 kepada rekod hak asasi manusia Beijing di Xinjiang dan Hong Kong.

China, termasuk Russia dan Mexico belum menyampaikan ucapan tahniah secara rasmi namun, ‘maklum mengenai kemenangan Biden’.

“Mengikut pemahaman kami, keputusan pilihan raya ini akan ditentukan mengikut undang-undang dan prosedur AS,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media harian.