
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggalakkan AirAsia untuk mempertimbangkan lebih banyak penerbangan dari destinasi antarabangsa ke Sabah.
Beliau berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu perlu memanfaatkan lokasi strategik Sabah untuk mengendalikan sebanyak mungkin penerbangan antarabangsa ke ibu negara.
“Kerajaan negeri mengiktiraf bahawa AirAsia adalah penyedia utama kemudahan akses udara ke Sabah dan saya ingin melihat syarikat penerbangan itu melakukan lebih banyak lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika kunjungan hormat oleh pengurusan tertinggi Capital A yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Berhad, pengurusan tertinggi di pejabatnya di sini, semalam.
Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Eksekutif
Datuk Kamarudin Meranun, mereka memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai operasi semasa syarikat penerbangan tambang murah itu dan rancangan masa hadapan.
Mereka turut berkongsi bahawa salah satu pesawat syarikat penerbangan itu yang dinamakan sempena nama mendiang Datuk
Irene Benggon Charuruk.
Ia merupakan pengiktirafan kepada bekas pengurus besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) atas sumbangannya kepada industri pelancongan negeri ini.
Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai.