KENINGAU, SABAH – Pemandu kenderaan Proton Saga maut tersepit setelah bertembung dengan sebuah Perodua Bezza di Batu 17 Kg Kobulu di Jalan Sook-Keningau sini.
Mangsa lelaki 23 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah dikeluarkan pasukan Bomba dalam insiden kira-kira 4.50 petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata terdapat dua (2) mangsa wanita dan (3) lelaki terlibat.
“Seorang mangsa lelaki berumur 30 tahun dalam Perodua Bezza cedera parah…
“Dua mangsa perempuan berumur 57 dan 24, serta seorang lelaki, 24, turut cedera,” katanya.
“Keempat mangsa telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pihak Bomba dan di hantar ke Klinik Kesihatan Sook oleh pihak Ambulan,” katanya sambil menambah perasi ditamatkan pada jam 5.48 petang.





