MBS Sasar 40 Peratus Penyertaan Belia Sabah Pada Tahun 2026

MBS Sasar 40 Peratus Penyertaan Belia Sabah Pada Tahun 2026

0
SHARE

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) menyasarkan 40 peratus penyertaan anak muda dalam kelab dan persatuan belia di negeri ini pada tahun depan bagi memperkasa pembangunan belia.

Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan, berkata ketika ini hanya sekitar 15 peratus daripada 2.2 juta belia Sabah terlibat secara aktif dalam persatuan, kelab dan aktiviti kesukarelawanan.

“MBS meletakkan sasaran 40 peratus sebagai penanda aras bersama badan-badan gabungan belia untuk merancakkan pembangunan belia di Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pencapaian sasaran itu memerlukan sokongan kewangan kerajaan bagi melaksanakan lebih banyak program pembangunan belia di peringkat akar umbi pada 2026.

MBS kini menaungi 19 badan gabungan belia termasuk organisasi beruniform dan pertubuhan belia negeri.