KOTA KINABALU – Tindakan kerajaan Warisan era pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal pada tahun 2018 hingga 2020 banyak menunjukan kegagalan, kelemahan serta menimbulkan seribu satu persoalan dihati rakyat apabila beberapa Projek berimpak tinggali telah dibatalkan dan ditamatkan konsesi.
Akibat dari tindakan Datuk Seri Shafie Apdal yang tergesa-gesa kononnya bertujuan menjimatkan wang, rasa tidak puas hati kepada pemuda UMNO yang dikatakan sebagai kroni (tidak layak menguruskan projek besar) serta tuduhan berlaku rasuah adalah dangkal dan bersifat tidak matang.
1. Kesan penamatan PDP PAN BORNEO menjadikan wang rakyat sejumlah RM155 juta terbang kerana terpaksa menyelesaikan tuntutan bekas rakan pelaksana projek Pan Borneo Sabah. Jika tidak kerana tindakan gopoh gapah DS Shafie Apdal dan Warisan, wang rakyag tidak dibazirkan begitu sahaja.
2. Sejumlah RM315.2 juta lagi untuk pampasan selepas penamatan konsesi loji rawatan air. DS Shafie Apdal bertindak melulu dan tidak berfikir matang lagi. Dengan anggapannya bahawa menamatkan 6 kontraktor konsesi LRA boleh menjimatkan RM 12 juta sebulan, berlakunya rasuah, semua ini hanya sentimen politik untuk justifikasikan keputusan penamatan tersebut. Bukan penjimatan yang diperolehi tetapi akhirnya kerajaan Sabah terpaksa membayar sejumlah RM 315.2 juta untuk pampasan kepada kontraktor apabila dibawah ke Mahkamah kes penamatan tersebut.
Disinilah saya katakan DS Shafie Apdal bertindak dengan politik “kebodohannya”.
Akibat dari dua keputusan tersebut maka wang rakyat jumlahnya RM470.2 juta melayang! Hilang begitu sahaja. Inilah yang saya katakan kebodohan DS Shafie Apdal. Kos kewangan yang timbul daripada dua penamatan kontrak ketika Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah. Di sebalik angka ini, rakyat masih berdepan perjalanan yang terganggu dan bekalan air yang belum stabil di banyak tempat.
Saya mengecam cara pentadbiran DS Shafie Apdal mengurus perubahan sebesar ini. Apabila kerajaan mahu menamatkan kontrak atas alasan penjimatan, pengiraan kos penamatan, risiko tuntutan dan pelan mengambil alih kerja sepatutnya sudah tersedia. Jika benar keputusan itu menjimatkan wang rakyat, tunjukkan berapa penjimatan bersih selepas semua kos diambil kira. Jika benar berlaku amalan rasuah kenapa tidak dilaporkan kepada SPRM? jika benar marah kepada pemuda UMNO yang kendalikan projek PDP Pan Borneo apa alasan kemarahan tersebut ? Ini bukan soal pemuda atau orang tua yg kendalikan. Setiap projek ada kebertanggungjawaban yg dipikul oleh kontraktor. Muda atau tua jika dia ada kelayakan dan diberikan tanggungjawab oleh kerajaan maka apa lagi alasan yang perlu DS Shafie Apdal pertikaikan?
Bukankah pemuda UMNO itu ada merit dan kelayakan selaku engineer (IR) yang bertauliah? Atau DS Shafie Apdal marah kerana tidak diberikan projek itu kepada kroninya?
Pan Borneo Sabah ; tamatkan model PDP, siapa pastikan kerja diteruskan?
Shafie menyatakan bahawa keputusan menamatkan perjanjian PDP dibuat olehnya. Kemudian dia mengatakan dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Jawapan bertulis Menteri Kerja Raya juga menyatakan bahawa Jemaah Menteri Persekutuan bersetuju secara prinsip untuk menamatkan perjanjian itu pada Disember 2018. Sebagai Ketua Menteri ketika itu, Shafie tetap bertanggungjawab menjelaskan pendirian dan tindakan kerajaan negeri.
Apakah nasihat yang diberikan kepada Putrajaya? Apakah jaminan yang beliau minta supaya kerja di tapak tidak terhenti atau tertangguh apabila projek beralih kepada kaedah konvensional?
Anggaran kos Fasa 1 yang dilaporkan meningkat daripada RM17.91 bilion kepada RM18.96 bilion, iaitu kenaikan RM1.05 bilion. Perubahan kaedah pelaksanaan serta kenaikan kos bahan, jentera dan buruh antara faktor yang perlu diambil kira. Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan penyelesaian sekali bayar RM155 juta kepada Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. Shafie perlu menjelaskan bagaimana penjimatan yang dikemukakan ketika itu dikira dan sama ada risiko tuntutan seperti ini sudah diambil kira.
Soal pembiayaan juga perlu dijawab. Apabila model PDP ditamatkan, apakah sumber dana pengganti yang disediakan untuk Sabah? Adakah pembiayaan melalui sukuk pernah dimuktamadkan, dan bagaimana kesinambungan pembiayaan setiap pakej kerja dijamin? Jika kebimbangan ketika itu berkaitan hubungan politik pihak yang mendapat kontrak, bentangkan asas kebimbangan tersebut dan serahkan sebarang bukti salah laku kepada SPRM. Rakyat berhak menilai keputusan ini berdasarkan dokumen, kos dan kemajuan sebenar di tapak.
Konsesi air ; siapa menjaga 58 loji semasa peralihan?
Penamatan konsesi pada era Warisan melibatkan pengurusan 58 loji rawatan air. Kerajaan Negeri Sabah kemudiannya menanggung RM315.2 juta pampasan. Dalam perkhidmatan sepenting bekalan air, sebelum pertukaran pengendali dibuat, kerajaan perlu tahu siapa yang akan mengambil alih setiap loji, siapa yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan bagaimana operasi harian akan diteruskan.
Shafie perlu menjelaskan apakah pelan peralihan yang diluluskan ketika itu. Bagaimana kontraktor pengganti dipilih? Apakah syarat teknikal dan ukuran prestasi yang dikenakan? Rekod pelantikan dan prestasi loji patut diterbitkan supaya rakyat boleh menilai proses tersebut. Begitu juga dengan data gangguan bekalan dan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) sebelum dan selepas pertukaran pengendali. Penduduk yang berdepan gangguan bekalan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau berhak tahu apa yang berlaku kepada perkhidmatan mereka.
RM470.2 juta ada nilai kepada rakyat Sabah;
Bayangkan berapa banyak paip uzur boleh diganti, jalan kampung boleh dibaiki, sekolah baru dibina atau boleh dinaik taraf dan Hospital serta klinik luar bandar boleh dilengkapi dengan peruntukan sebesar itu. Malah, sebagai gambaran skala, bantuan RM150 kepada tiga juta orang memerlukan RM450 juta. Itulah ukuran sebenar peluang pembangunan yang perlu dipertimbangkan apabila wang awam digunakan untuk membayar pampasan dan menyelesaikan pertikaian kontrak.
Kerajaan Sabah hari ini wajar dipuji kerana turun memantau dan meneruskan kerja;
Saya memuji Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang bekerja keras melaksanakan projek bekalan air dan memantau kemajuannya. Ketua Menteri mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah memantau projek Kogopon dan Kabang supaya kelewatan dapat ditangani. Kerajaan negeri juga memaklumkan bahawa lebih RM1 bilion dibelanjakan untuk pelbagai projek bekalan air di seluruh Sabah. Kerja di tapak dan pemantauan seperti ini wajar dihargai kerana penduduk mahu melihat hasilnya pada bekalan air di rumah mereka.
Datuk Seri Shafie Apdal, rakyat Sabah berhak melihat kiraan penjimatan, pelan peralihan dan rekod keputusan ketika anda menjadi Ketua Menteri. Selepas RM470.2 juta diperuntukkan untuk penyelesaian dan pampasan, nyatakan apa yang rakyat Sabah peroleh daripada dua penamatan kontrak itu.






