Cuaca Buruk Di Perairan Sembilan Negeri Termasuk Sabah

Cuaca Buruk Di Perairan Sembilan Negeri Termasuk Sabah

0
SHARE

PETALING JAYA – Perairan di sembilan negeri termasuk Sabah bakal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hari ini, lapor Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia berkata, selain Sabah, kawasan perairan yang terlibat ialah negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Sarawak.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Sabah akan berlaku di daerah Sandakan (Beluran dan Sandakan) sehingga 11 pagi hari ini…

MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Waspada yang melibatkan negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung bermula esok sehingga 9 Disember 2022.

Bertitik tolak daripada itu, MetMalaysia dalam kenyataannya menyeru orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial selain memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.