PAPAR, SABAH – Dua penunggang motosikal cedera selepas bergesel dengan kenderaan Perodua Myvi dan sebuah lori di jalan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Kinarut sini, hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi tadi melihat sebuah Yamaha FZ terperosok ke dalam parit manakala sebuah Y15 jenama yang sama terbabas di tepi jalan.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah tidak sempat mengambil butiran mangsa kerana telah dihantar ke Hospital oleh pihak Ambulan sebelum ketibaan pasukan Bomba.
“Manakala pemandu Perodua Myvi dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan…
“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada kemerbahayaan lain,” katanya dalam kenyataan sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 10.21.





