Lotus Store Pertama Malaysia Dibuka Di Pavilion Damansara Heights

Lotus Store Pertama Malaysia Dibuka Di Pavilion Damansara Heights

0
SHARE
Lotus
Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia Jack Zaal bergambar bersama Lotus Emirandi Pavilion ( Sumber Foto: Ihsan Lotus Cars )

KUALA LUMPUR – Lotus Cars terus mengorak langkah mengukuhkan jenamanya di Malaysia dengan pembukaan Lotus Store yang pertama bertempat di Pavilion Damansara Heights.

Pembukaan ruang pameran Lotus Store di Kuala ini mengekori kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Hiper elektrik Lotus Eletre pada April 2023 yang telah disambut baik di Malaysia.

Setakat ini, sebanyak 50 unit telah pun diserahkan kepada para pembeli dengan sejumlah 200 unit kenderaan lagi dalam proses penghantaran.

Konsep seni bina reka bentuk Lotus Store mencerminkan imej korporat global terbaharu Lotus.

Ia merangkumi ruang pameran yang menampilkan model Eletre dan Emira dan sebuah ruang khas bagi Konfigurator Lotus yang membolehkan pelanggan menala kenderaan yang ditempah mengikut citarasa masing-masing.

Ia juga mempunyai ruang khas untuk jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat.

Konfigurator Lotus membolehkan para pelanggan menala setiap aspek kenderaan menurut citarasa peribadi.

Ini termasuk bahagian luaran dan dalaman, tali pinggang keledar, stereng dan tatahan karbon, tahap peralatan, pakej Lotus Dynamic dengan kebolehan pemanduan stereng 4-roda dan bumbung kaca pintar serta ciri-ciri keselamatan tambahan seperti pakej parkir dan pakej bantuan lebuhraya.

Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, Lotus Store ini bertempat di dalam pusat membeli belah Pavilion Damansara Heights di tingkat 1, Lot 1.47.02.

Pelanggan juga akan disambut dengan sebuah skrin LED beresolusi tinggi di pintu masuk ruang pameran.

Pembukaan Lotus Store di Pavilion Damansara Heights juga mukadimah kepada pelancaran ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam yang dijangka siap pada suku kedua 2024.

Lotus juga berhasrat memperluaskan kehadiran jenamanya di wilayah Utara dan Selatan, dan akan memperkenalkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk menambahbaik kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya.

“Era baharu Lotus Cars Malaysia bermula pada 2018 dengan pembukaan pusat servis dan perkhidmatan selepas jualan di Glenmarie, Shah Alam, dan apabila mengambilkira jangka masa yang telah diambil untuk pembukaan Lotus Store, ini jelas menunjukkan bahawa usaha mengembangkan dan memperkenalkan semula jenama ini dilakukan dengan teliti dan berfasa.

“Proses memperkenalkan semula jenama Lotus ini bukan sahaja bertujuan meyakinkan pemilik-pemilik kenderaan Lotus yang sedia ada bahawa kita akan menjaga kepentingan mereka, tetapi ia juga agar mereka dan pelanggan-pelanggan berpotensi memahami dan menerima baik halatuju Lotus yang baharu iaitu membangunkan kenderaan-kenderaan premium tanpa menjejaskan identiti dan falsafah asal Lotus yang menitikberatkan kenikmatan pemanduan,” kata Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia Jack Zaal.

“Penerimaan yang begitu memberangsangkan bagi model seperti Eletre dan juga pelancarannya yang dipacu oleh kesungguhan Malaysia mempromosikan penggunaan kenderaan-kenderaan elektrik, juga berperanan besar melonjakkan jenama Lotus di Malaysia.

“Di ikuti dengan pelancaran Emira dan juga model-model lain yang akan diperkenalkan seterusnya, ini telah mengukuhkan kedudukan Lotus sebagai salah sebuah jenama terulung dan bertepatan dengan halatuju Lotus membariskan model-model berprestasi tinggi serta dipacu tenaga elektrik.

“Lotus Cars Malaysia juga berhasrat meningkatkan usaha meluaskan pasarannya agar pelanggan-pelanggan mempunyai lebih akses kepada jenama tersebut,” tambahnya.

Jenama Lotus diwakili di Malaysia oleh Lotus Karz Sdn Bhd sebagai pengimpot, pengedar dan pengendali perkhidmatan selepas jualan dan alat-alat ganti tunggal.

Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh KARRUS Automotive iaitu sebuah syarikat pengimpot kenderaan-kenderaan mewah baharu, terpakai dan klasik.

Pelanggan-pelanggan boleh melawat Lotus Store di Pavilion Damansara Heights, 3, Jalan Damanlela, 50490 Kuala Lumpur, atau untuk sebarang maklumat, sila layari laman web di www.lotuscars.com.