Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Berhubung Pelan Pemulihan Negara

Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Berhubung Pelan Pemulihan Negara

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin...

KUALA LUMPUR – Kerajaan membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19 dalam negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Berikut merupakan Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara;

1. Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang PKP dilaksanakan pada masa ini;

2. PM Muhyiddin umum Strategi Pelan Pemulihan Negara merangkumi EMPAT FASA, libatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat;

Pelan Pemulihan Negara…

3. Kerajaan akan pertimbang peralihan FASA PERTAMA kepada FASA KEDUA PKP sekiranya purata kes harian COVID-19 di bawah 4,000 Aktiviti sosial, rentas negeri masih tidak dibenarkan semasa fasa 2 PKP;

4. Kerajaaan akan mempertimbangkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam FASA KEDUA peralihan PKP dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis;

5. Semua aktiviti pembuatan dibenarkan beroperasi semasa FASA KETIGA PKP tertakluk kepada SOP dan had kapasiti;

6. Dalam FASA KETIGA PKP, semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 yang masih ditutup;

7. FASA KETIGA PKP dilaksanakan sekiranya negara berjaya capai nilai ambang iaitu purata kes harian COVID-19 bawah 2,000 kes;

8. Sidang Parlimen boleh diadakan dalam FASA KETIGA PKP, sekitar September atau Oktober;

9. Kita dapat mengelak bencana melalui pelaksanaan PKP.