SELEPAS DIKECAM MAJORITI RAKYAT MALAYSIA ZAHID HAMIDI AKHIRNYA ZIARAH MANGSA BANJIR

SELEPAS DIKECAM MAJORITI RAKYAT MALAYSIA ZAHID HAMIDI AKHIRNYA ZIARAH MANGSA BANJIR

0
SHARE

RAUB, PAHANG – Selepas mendapat kecaman dan kritikan bertubi-tubi dari rakyat Malaysia, Presiden UMNO Dato’ Seri Zahid Hamidi akhirnya turun padang menjenguk mangsa banjir di Pahang.

Turun padang dengan imej korporat sambil menggunakan kereta mewah jelas menunjukkan sikap sebenar pemimpin UMNO kini yang semakin hebat.

Ahli UMNO Pahang turut menyindir Zahid…

Zahid sebelum ini dikecam teruk oleh sebilangan besar rakyat Malaysia susulan cadangan agar Kerajaan hari ini segera mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kononnya bagi memulihkan ekonomi di mana dalam masa yang sama rakyat Malaysia khususnya di Pahang, Johor Baharu, Perak, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Sabah sedang berperang dengan masalah banjir serta kes jangkitan COVID-19 ketika ini pula telah mencecah 128,465 kes.

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan pada 06 Jan baru-baru ini juga tidak membincangkan masalah rakyat khususnya bantuan khusus kepada mangsa banjir, sebaliknya lebih tertumpu mengenai desakan agar PRU-15 diadakan dan menilai semula kerjasama dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan media berhubung intipati Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan pada 06 Januari 2021 baru-baru ini…

Ironinya, pada hari yang sama (6 Jan) AMT Parti BERSATU turut bermesyuarat tetapi perbincangan mereka lebih tertumpu mengenai rancangan menyelesaikan masalah rakyat yang berhadapan dengan banjir dan penularan COVID-19.

Mesyuarat MPT BERSATU pada 06 Jan 2021 berbincang mengenai masalah rakyat yang terkesan akibat banjir dan COVID-19, sebaliknya AMT UMNO yang turut bermesyuarat pada hari yang sama hanya berbincang untuk segera mengadakan PRU-15 dan memutuskan kerjasama dengan Parti BERSATU…(Foto ihsan BH & Bernama Online)

Sebilangan besar ahli UMNO mutakhir ini juga telah menzahirkan kekecewaan mereka terhadap saranan Zahid Hamidi agar PRU-15 segera diadakan sambil menyifatkan nyawa rakyat seolah-olah sudah tidak bernilai di mata Zahid, malahan wujud desakan agar Tok Mat sepatutnya  mengambil alih tugas Presiden ketika ini.

Sekumpulan doktor pakar (kelmarin) turut menulis Surat Terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai cadangan dan kebimbangan mereka terhadap kes jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin meningkat, malahan pada 07 Jan jumlah pesakit yang dijangkiti virus ini mencatatkan kes harian tertinggi sehingga mencecah angka tiga ribu iaitu sebanyak 3,027 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 07 Januari 2021…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

Selain mencadangkan pembentukan segera pasukan petugas COVID-19 yang terdiri daripada pelbagai sektor kumpulan, doktor-doktor pakar ini juga turut berkata mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika wabak masih tidak terkawal adalah tindakan mengundang bencana seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Sekumpulan doktor pakar (kelmarin) menulis SURAT TERBUKA kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai cadangan dan kebimbangan mereka terhadap peningkatan kes jangkitan COVID-19 ketika ini…