SPRM Diminta Pastikan Peter Anthony Hadir Ke Mahkamah Pendakwaan Rasuah pada 10...

SPRM Diminta Pastikan Peter Anthony Hadir Ke Mahkamah Pendakwaan Rasuah pada 10 Julai Ini – GERAM

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Gerakan Anti Rasuah Malaysia, (GERAM) meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memastikan Peter Anthony hadir untuk didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 10 Julai ini.

Peter Anthony, Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dan juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sepatutnya hadir ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 22 Jun yang lalu atas pertuduhan berkaitan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi gagal berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital kerana penyakit ‘Vertigo’.

Hakim Mahkamah Seksyen, Rozina Ayub kemudiannya memutuskan untuk menangguhkan sebutan kes itu kepada tarikh baharu iaitu 10 Julai jam 9 pagi di Mahkamah yang sama.

GERAM dalam satu kenyataan berkata, “pemantauan pergerakan ke atas Peter perlu dilakukan kerana wujud dakwaan oleh orang ramai pada hari yang sama pendakwaan dibuat, Peter dikatakan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dalam keadaan yang sihat.”

Peter dikatakan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dalam keadaan yang sihat..(Sumber Foto: Facebook)
Peter dikatakan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dalam keadaan yang sihat..(Sumber Foto: Facebook)

GERAM berkata lagi “SPRM tidak seharusnya memberikan keistimewaan khusus kepada golongan VVIP sebaliknya melayan kesemua suspek pelaku rasuah sama seperti orang biasa.”

“Harus juga diingat bahawa sejarah telah menunjukkan rakan karib Peter iaitu Michael Ubu yang turut didakwa bersama Peter atas kes rasuah tanah RISDA bernilai RM15.5 juta sebelum ini pernah lari meninggalkan Malaysia selama hampir 3 tahun.

“Justeru pemantauan pergerakan keatas Peter amat perlu bagi mempastikan kes ini dapat dibicarakan tanpa penangguhan.”

Sebelum ini pada 18 Jun yang lalu Peter turut didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, berhubung kes pecah amanah wang membabitkan penjualan tanah RISDA bernilai RM15,545,400.

Peter Anthony, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah pada 18 Jun 2020 atas pertuduhan bersubahat kes pecah amanah membabitkan pembelian tanah RISDA bernilai RM15,545,400…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)