KKM Laporkan 45 Orang Sembuh, Hanya 6 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

KKM Laporkan 45 Orang Sembuh, Hanya 6 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

0
SHARE
Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 6 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,596 orang.

DARIPADA 6 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT DUA (2) KES IMPORT.

SEBANYAK 4 KES (SELANGOR 3 KES & SARAWAK 1 KES) MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA KESEMUA KES DARI KALANGAN WARGANEGARA.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 45 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,231 orang bersamaan dengan 95.75% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah…

Menurutnya lagi sebanyak 2 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 0 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.41%.