Pemilik Kebun Terkejut Selepas Penemuan Satu Mayat Lelaki Di Kebunnya

Pemilik Kebun Terkejut Selepas Penemuan Satu Mayat Lelaki Di Kebunnya

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Pemilik sebuah kebun terkejut selepas penemuan satu mayat lelaki di dalam kebunnya berhampiran kawasan Tuaran sekitar pukul 9 pagi tadi.

Perkara tersebut menyebabkan pemilik kebun itu bertindak dengan menghubungi pihak polis dengan kadar segera.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim ketika dihubungi pemberita mengesahkan penemuan mayat tersebut.

Antara barangan (wang tunai, telefon bimbit dan kad pengenalan) yang turut ditemui bersama mayat lelaki tersebut…

Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dikesan pada tubuh mangsa dan kad pengenalan diri serta duit mangsa berada pada mangsa.

Menurutnya lagi, mayat itu telah dihantar ke Hospital Tuaran bagi tujuan bedah siasat.

Beliau memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengesan punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.