Bekas Pemain Badminton Indonesia, Markis Kido Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Bekas Pemain Badminton Indonesia, Markis Kido Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

0
SHARE
Markis Kido...

JAKARTA, INDONESIA – Bekas atlet badminton Indonesia yang pernah memenangi pingat emas Olimpik 2008, Markis Kido meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari ini, Isnin.

Berita menyedihkan ini disampaikan oleh bekas Pegawai Perhubungan Awalm Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia(PBSI), Yuni Kartika kepada CNNIndonesia.com.

“Ya, Markis Kido telah meninggal, sepertinya dia bermain bersama. Tidak tahu penyakit yang tepat,” kata Yuni melalui perbualan telefon.

Yuni turut memuat naik satu ciapan pada Twitter miliknya yang mengesahkan kematian Markis…

Yuni berkata, Markis Kido mati ketika bermain badminton di Tangerang.

Markis Kido pernah menyumbangkan pingat emas untuk Indonesia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Pada masa itu Markis Kido digandingkan dengan Hendra Setiawan.

Hendra Setiawan dan Markis Kido….

Di samping itu, pada tahun 2007 Markis memenangi Kejuaraan Dunia BWF di Kuala Lumpur Malaysia. Dia juga menyumbang pingat emas pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Markis memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 2005 dan digandingkan dengan Hendra Setiawan. Duetnya dengan Hendra telah menghasilkan banyak gelaran termasuk 7 pingat emas Sukan SEA.