Pemuda SAPP KK Sampaikan Bantuan Kepada Rakyat Terjejas COVID-19

Pemuda SAPP KK Sampaikan Bantuan Kepada Rakyat Terjejas COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Meskipun dalam keadaan suhu politik negara yang semakin panas, Pemuda SAPP PN Kota Kinabalu memilih untuk fokus meneruskan program membantu rakyat yang terjejas dalam pandemik COVID-19.

Dalam program ini, Naib Ketuanya Dexter Chin bersama pasukan bergerak untuk mengedarkan bantuan bakul makanan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berdekatan.

Menurut Dexter, terdapat ramai golongan muda yang bekerja makan gaji sekitar Kota Kinabalu terkesan kerana masih ada beberapa sektor pekerjaan belum lagi dibuka.

Dexter dalam kenyataannya berkata; “Saya berharap segala kemelut yang berlaku ini akan berlalu dan kita dapat fokus kepada pelan pemulihan.

“Semoga dengan sedikit bantuan ini, dapat mengurangkan beban penerima.”