KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah kembali melepasi angka 2,000 hari ini dengan jumlah 2,103 KES yang disahkan.
Angka terbabit merupakan penaikan 375 kes berbanding Isnin, kata Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.
Kota Kinabalu kekal daerah penyumbang kes terbanyak dengan 467 iaitu tambahan sebanyak 105.
“Daerah yang mencatat kes tinggi adalah Tawau 255 kes, Sandakan 208 kes, Penampang 135 kes, Lahad Datu 78 kes diikuti Kota Belud dengan 71 kes…
“Sebanyak 58 peratus atau 1,229 daripada 2,103 keseluruhan kes hari ini merupakan saringan kontak rapat,” jelasnya.
Beliau terus berkata seperti hari kelmarin, pesakit kategori 2 merupakan kumpulan terbanyak dengan 969 kes atau 46 peratus (46%) jumlah kumulatif.

Sehingga kelmarin (Isnin), 47 peratus (47%) penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos vaksin dan 23 peratus (23%) lagi telah melengkapkan kedua dua dos.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah memberi suntikan 52,992 dos vaksin kelmarin selaras dengan objektif Kerajaan Negeri Sabah iaitu mencapai sehingga 60,000 dos vaksin sehari.
Satu kluster baharu di Lahad Datu, Kluster Baiduri turut dikesan dengan 77 kes aktif.
Berikut merupakan pecahan kes COVID-19 mengikut daerah bagi hari ini (17 Ogos 2021), manakala angka dalam kurungan merupakan jumlah kes kelmarin sebagai rujukan:
Kota Kinabalu – 467 (361)
Tawau – 255 (254)
Sandakan – 208 (243)
Tuaran – 200 (149)
Keningau – 163 (67)
Penampang – 135 (138)
Lahad Datu – 78 (39)
Kota Belud – 71 (57)
Tenom – 61 (9)
Ranau – 57 (31)
Papar – 56 (26)
Telupid – 48 (32)
Putatan – 41 (28)
Kinabatangan – 40 (71)
Beaufort – 39 (9)
Sipitang – 35 (36)
Tongod – 28 (18)
Kota Marudu – 27 (8)
Beluran – 24 (59)
Semporna – 17 (15)
Kunak – 16 (12)
Nabawan – 10 (13)
Pitas – 10 (5)
Kalabakan – 8 (24)
Kudat – 5 (5)
Tambunan – 4 (16)
Kuala Penyu – 0 (3)