KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, menggesa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lebih fokus kepada isu nasional dan bukan mengkritik Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook, beliau juga turut mempersoalkan sekiranya Muhyiddin yang mahukan jawatan Perdana Menteri.
“Sepatutnya (Muhyiddin) jadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, tak hendak. Hanya layak jawatan PM ke?
“Putrajaya lagi ‘best’ kot. Macam kerajaan Langkah Sheraton, Tan Sri (Muhyiddin) jadi PM. Jadi PM tanpa PRU (pilihan raya umum) dan tak perlu pada Parlimen,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk laporan media yang memetik Muhyiddin mendakwa bahawa Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) melakukan ‘penipuan pilihan raya paling besar’ dan Jemaah Menteri ‘paling mengecewakan dalam sejarah.’
Dalam pada itu, Shahrir turut menyifatkan tindakan Muhyiddin membuat kenyataan terbabit berikutan kekalahan teruk PN pada pilihan raya di Johor.
“Kesian (Kasihan), beginilah jadinya apabila tiada lagi butang nak ditekan di Johor. PN di Johor ada 3 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan 2 MP (Ahli Parlimen) je (saja)…