PCS Beri Bayangan Anifah Aman Bakal Tanding Kerusi Parlimen Kimanis

PCS Beri Bayangan Anifah Aman Bakal Tanding Kerusi Parlimen Kimanis

0
SHARE
Datuk Seri Anifah Aman...

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Cinta Sabah (PCS) memberi bayangan presidennya, Datuk Seri Anifah Aman bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Kimanis menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Timbalan Presiden PCS, Datuk Ansari Abdullah dalam satu kenyataan media menyatakan bahawa pihaknya menyifatkan banyak janji dari pelbagai pihak berkenaan pengembalian semula hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak ditunaikan.

“Oleh itu, atas desakan serta permintaan rakyat Sabah khususnya Kimanis, saya boleh jamin bahawa PCS hampir pasti bertanding di Parlimen Kimanis pada PRU 15 ini…

“Tujuan PCS bukanlah untuk merebut jawatan mahupun ganjaran. Apa yang penting kepada kami adalah mendapatkan hak rakyat Sabah seperti apa yang termaktub secara keseluruhannya dalam MA63 dan laporan IGC 1962.

“Kami mendapat pelbagai tawaran daripada pelbagai pihak namun demikian kami hanya bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti mahupun individu yang boleh membantu mencapai matlamat kami dan bukan hanya berjanji kosong,” katanya.

Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Ansari Abdullah…(Sumber Foto: Ihsan PCS)

Selain itu, beliau turut berkata sudah tiba masanya rakyat negeri ini berubah arah ke pakatan baru demi kepentingan dan
hak rakyat Sabah.

“Jika Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang masing-masing mempunyai satu kerusi sahaja boleh bersuara, kenapa tidak PCS?

“PCS tetap utuh dengan perjuangan kami iaitu perjuangan menegakkan dan mengembalikan hak rakyat Sabah.

“Cukuplah rakyat Sabah dipermainkan dan dijanji berpuluh tahun tanpa pelaksaan serta komitmen sepenuhnya. Cukuplah rakyat Sabah dilayan seolah-olah pengemis di bumi sendiri,” katanya.