
KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM), pada Selasa.
Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Malik berkata, tujuan kunjungan adalah bagi memperkenalkan majlis berkenaan yang telah wujud sejak 2002 kepada Tun Juhar selain membincangkan sumbangan yang boleh diberikan terutamanya dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Beliau turut berharap agar idea-idea yang telah dilaksanakan oleh MDPM di Semenanjung dapat diaplikasi di negeri ini.
Hadir sama, Naib Pengerusi MDPM, Datuk Bill Tan Choon Peow, Setiausaha Agung, Datuk Alvin Tee Guan Pian dan Bendahari, Datuk Grace Chia Hui Yen. — JABATAN PENERANGAN SABAH