KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penunggang motosikal ditemui maut bersama motorsikal miliknya dalam sebuah longkang berhampiran Aeropod di Tanjung Aru sini petang kelmarin.
Menurut pihak polis, orang awam telah melaporkan insiden itu pada kira-kira pada pukul 4.30 petang.
Mangsa dikenali sebagai Mac Drint Manus, 23 tahun, yang berasal dari Kampung Toboh Laut, Keningau.
Sementara itu Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Zaidi Abdullah mengesahkan kejadian itu, dan memperincikan model motor mangsa sebagai Yamaha LC.
“Jenazah telah dibawa ke Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk saringan COVID-19 dan tujuan bedah siasat,” katanya.
Berdasarkan keadaan tubuh badan, mangsa dipercayai telah meninggal 24 jam sebelum ditemui.