Sebarang Tuntutan Untuk Kemajuan Sabah Mesti Diutamakan – PAS Sabah

Sebarang Tuntutan Untuk Kemajuan Sabah Mesti Diutamakan – PAS Sabah

0
SHARE
Dr. Aliakbar Gulasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyokong penuh sebarang tuntutan berkaitan kemajuan negeri Sabah.

Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan menggesa Kerajaan Persekutuan merealisasikan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya sebahagian yang sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia namun jika ada perkara-perkara lain berkaitan hak Sabah yang perlu diselesaikan ia harusnya dilaksanakan dengan segera.

“Secara fizikal kita melihat Sabah masih jauh ketinggalan dari pelbagai aspek khususnya infrastruktur…

“Memandangkan konsep federalisme yang diamalkan, Sabah tidak sepatutnya keginggalan berbanding negeri-negeri lain, lebih-lebih lagi dari segi pembahagian kekayaan negara,” katanya.

Aliakbar mengulas kata-kata Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2013 semasa Program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu.

“Beliau mengatakan dari segi keadilan sepatutnya kekayaan Sabah digunakan sepenuhnya untuk kemajuan dan pembangunan Sabah sebelum diserahkan kepada pusat…

“Ini kerana Sabah masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding negeri-negeri lain.

“Kerajaan persekutuan perlu menyelesaikan perkara seumpama ini secepat mungkin. Sabah sangat memerlukan belanjawan yang besar bagi mencapai hasrat Sabah Maju Jaya yang menjadi misi besar kerajaan Sabah,” kata Aliakbar.