KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan penjualan sebanyak 716 borang penamaan calon Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu jumlah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
Selepas Sabah, negeri yang mencatatkan penjualan kedua tertinggi adalah Perak (326).
Ini diikuti dengan Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur/Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100) dan Melaka (73).
Menurut statistik dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, secara keseluruhannya sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah dijual setakat hari ini di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,036 borang yang telah terjual untuk Parlimen dan 1.290 bagi DUN setakat hari yang sama.