ELON MUSK MENGUNGGULI CARTA INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA

ELON MUSK MENGUNGGULI CARTA INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA

0
SHARE

Ketika perang, pandemik dan pasaran lembap melanda jutawan dunia tahun ini, pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk yang dianggarkan bernilai RM962 bilion mengungguli carta tahunan orang terkaya di dunia Forbes.

Dalam edisi yang ke-36 itu, seramai 2,668 individu dinamakan namun kurang 87 orang daripada senarai tahun lalu.

Secara kolektif, kesemua individu ini bernilai $12.7 trilion (RM55.8 trilion) dan jumlah itu kurang $400 bilion (RM1.75 trillion) berbanding tahun 2021.

Sumber Foto: Forbes…

Menurut Forbes, penurunan kekayaan paling dramatik berlaku di Rusia, di mana terdapat 34 bilionair lebih sedikit daripada tahun lepas berikutan pencerobohan Presiden Vladimir Putin ke atas Ukraine.

Perkara yang sama juga dilihat China, di mana kerajaan negara itu telah bertindak mengambil langkah tegas terhadap beberapa syarikat teknologi mengakibatkan pengurangan 87 lebih bilionair daripada negara terbabit dalam senarai.

Walaubagaimanapun, Forbes menemui lebih daripada 1,000 bilionair yang lebih kaya daripada tahun lalu.

“Sebanyak 236 nama baharu telah menjadi bilionair sepanjang tahun lalu termasuk yang pertama dari Barbados, Bulgaria, Estonia dan Uruguay.

“Amerika masih memimpin dunia, dengan 735 bilionair secara kolektif bernilai $4.7 trilion (RM20.66 trilion) termasuk Elon Musk, yang mendahului senarai buat kali pertama…

“China (termasuk Macau dan Hong Kong) kekal nombor dua, dengan 607 bilionair bernilai kolektif $2.3 trilion (MYR10.1 trilion),” katanya.

Penerbit keusahawanan itu menggunakan harga saham dan kadar pertukaran dari 11 Mac 2022 untuk mengira nilai bersih.

Carta lima teratas diikuti pengasas Amazon, Jeff Bezos ($171 bilion), Bernard Arnault (Louis Vuitton, $158 bilion), Bill Gates (Microsoft, $129 bilion) dan peniaga serta pelabur Amerika Syarikat, Warren Buffett ($118 bilion).