Lelaki Warga Asing Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Tiang Lampu

Lelaki Warga Asing Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Tiang Lampu

0
SHARE

NABAWAN: Seorang lelaki warga asing maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan tiang lampu di Kampung Malinja A&B, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa, David Karpus, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, PBT I Azran Jull berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.49 pagi sebelum sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan tiang lampu di kawasan berkenaan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari kawasan berbahaya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.