Kapal Angkasa NASA Dijangka Akan Terhempas Pada Asteroid, Uji Pertahanan Bumi

Kapal Angkasa NASA Dijangka Akan Terhempas Pada Asteroid, Uji Pertahanan Bumi

0
SHARE
WASHINGTON, AS – Kapal angkasa tanpa pemandu milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan ( NASA) dijangka akan terhempas pada sebuah asteroid pada Isnin.Difahamkan kapal angkasa itu dikenali sebagai Ujian Pengalihan Asteroid Berganda atau DART telah dilancarkan pada November tahun lalu.

Ujian tersebut adalah penting bagi NASA untuk mengukur orbit asteroid tersebut selepas perlanggaran tersebut berlaku.

Pelanggaran yang disengajakan itu adalah untuk mengukur tahap ‘pertahanan planet bumi’ bagi misi masa depan yang boleh menyelamatkan bumi daripada hentaman asteroid pada suatu hari nanti.

Asteroid yang menjadi sasaran hempasan itu dikenali dengan nama Dimorphos dan akan berada dekat dengan bumi pada Isnin.

Walaubagaimanapun, batu angkasa lepas yang selebar kira-kira lebih 160 meter itu tidak mendatangkan bahaya kepada bumi.

Kapal angkasa lepas itu dijangka terhempas pada jam 7.14 malam waktu timur Amerika Syarikat (AS).

Ia dijangka berada pada jarak 10.8 juta kilometer dari bumi pada hari tersebut. Ia melibatkan perjalanan hampir setahun untuk merempuh asteroid kecil Dimorphos yang mengelilingi sebuah lagi asteroid yang lebih besar.

Kos bagi membina kapal angkasa itu ialah kira-kira AS$325 juta (RM1.4 bilion).