JAKARTA, INDONESIA – Seorang lelaki tergamak memukul isteri dan anaknya setelah dimarahi isterinya kerana pulang dalam keadaan mabuk.
Menurut laporan Kompas, suspek yang berumur 32 tahun dan berasal dari wilayah Sulawesi Utara didakwa memukul isterinya dan anak mereka pada Khamis lalu
Perbuatan suspek terbongkar apabila, klip rakaman mangsa yang menunjukkan perbuatan suspek terhadap mangsa serta anaknya telah tular selepas dimuat naik di media sosial…
“Kejadian tersebut bermula apabila suspek berang kerana dimarahi isterinya selepas pulang dalam keadaan mabuk,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Utara, Komisioner Polis Jules Abraham.
Sejurus selepas tularnya video tersebut, suspek berjaya ditahan pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) pada hari yang sama selepas polis menjalankan siasatan.
“Suspek mengaku bahawa dia ada melempar sebuah telefon bimbit ke arah mangsa, membelasah dan menendang anaknya…
“Suspek masih menjalani pemeriksaan di Balai Polis Sangihe dan dia ditangkap serta diambil keterangan,” kata Jules.