Pelajar Lelaki Tersepit Kaki Pada Gerigi Besi Longkang di Kinarut

Pelajar Lelaki Tersepit Kaki Pada Gerigi Besi Longkang di Kinarut

0
SHARE

PAPAR: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun tersepit kaki pada gerigi besi longkang di Lorong Sabindo, Kinarut, pagi tadi sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, PPgB Musran Jabri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi dan enam anggota tiba di lokasi pada jam 10.57 pagi.

“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan dengan menggunakan peralatan Rescuetech Spreader untuk mengeluarkan kaki mangsa,” katanya berdasarkan laporan operasi yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, hari ini.

Kaki remaja itu berjaya dikeluarkan pada jam 11 pagi. Mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Operasi ditamatkan selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.