SPRM DIMINTA SEGERA TAMPIL SIASAT SHAFIE APDAL BERHUBUNG PROJEK BERBILLION RINGGIT TANPA...

SPRM DIMINTA SEGERA TAMPIL SIASAT SHAFIE APDAL BERHUBUNG PROJEK BERBILLION RINGGIT TANPA TENDER DI SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta tampil untuk segera menyiasat dan sekiranya perlu membuat tangkapan ke atas Datuk Seri Shafie Apdal termasuk Peter Anthony susulan pendedahan pemberian projek berbillion ringgit kepada kontraktor tanpa tender di Sabah.

Menurut Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM), pendedahan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai sejumlah 101 PROJEK rundingan terus bernilai RM6.61 BILION telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukanlah satu perkara yang mengejutkan jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku di Sabah.

Jumlah projek tanpa tender yang diberikan oleh Shafie kepada kontraktor bernilai hampir RM5 BILION. Justeru mendengar pemberian projek RM6.61 billion TANPA TENDER oleh Kerajaan PH masih dianggap kecil kerana pemberian projek tersebut melibatkan satu Malaysia, sebaliknya Sabah hanya sebuah negeri.

Tengku Zafrul dalam sesi penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) COVID-19 2020 di Dewan Rakyat (kelmarin) membuat kejutan apabila menyatakan semasa pentadbiran Kerajaan PH sebelum ini, sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan.

Tengku Zafrul Abdul Aziz…

GERAM berkata “SPRM seharusnya menyiasat pemberian projek penyelenggaraan jalan raya dikatakan bernilai kira-kira RM1.55 bilion yang didakwa dianugerahkan secara RUNDINGAN TERUS kepada kontraktor yang berkemungkinan berlakunya salah guna kuasa.”

Senarai kontraktor dipercayai kroni kepada Shafie Apdal dan Peter Anthony yang diberikan projek bernilai ratusan juta ringgit oleh Shafie Apdal tanpa ‘Tender’ menurut sumber yang tular di media sosial Facebook dan sebaran WhatsApp…

Surat tawaran kerja tanpa ‘Tender’ untuk syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd…

Surat tawaran kerja tanpa ‘Tender’ untuk syarikat A.K. Setia Sdn Bhd…

“Pemberian projek bernilai RM3 billion bagi Empangan Papar kepada SYARIKAT WIRA SYUKUR turut menimbulkan tanda tanya, apabila syarikat ini merupakan antara pemegang saham syarikat konsesi terowong Pulau Pinang yang dikaitkan isu rasuah oleh SPRM bersama Lim Guan Eng.”

“Turut menjadi persoalan adalah pemberian projek Empangan ini kepada sebuah syarikat tempatan (PEMBINAAN MAJU CEMERLANG SDN. BHD.) yang baru ditubuhkan 1 tahun tanpa satu sen pun pendapatan di mana Pengarah dan Pemilik Saham terbesar merupakan seorang anak muda berumur 26 tahun.”

Pemberian projek Empangan ini kepada sebuah syarikat tempatan (PEMBINAAN MAJU CEMERLANG SDN. BHD.) yang ditandatangi oleh Amarjit Singh…

“Surat tawaran kerja turut ditandatangani oleh Amarjit Singh pada 10 Okt 2019 walaupun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa pelantikan Amarjit Singh sebagai pengarah Air Sabah adalah tidak sah pada 9 Okt 2019.”

“Sebelum ini laporan rasmi telah dibuat kepada SPRM terhadap kedua0dua kes tersebut dan berharap pihak SPRM akan dapat membuat pendakwaan bagi mendatangkan semula keyakinan rakyat kepada sistem perundangan di Malaysia masih dalam keadaan yang baik,” GERAM berkata lagi dalam satu kenyataan.