Seorang Lelaki Bertindak Agresif Cuba Langgar Polis Berjaya Diberkas

Seorang Lelaki Bertindak Agresif Cuba Langgar Polis Berjaya Diberkas

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – DUA (2) das tembakan dilepaskan ke arah sebuah kereta jenis Myvi di kawasan kebun getah Batu Abai, Kuala Penyu di sini selepas percubaan seorang lelaki melanggar anggota polis.

Pemandu berumur 57 tahun itu pada mulanya ditahan bagi pemeriksaan namun bertindak agresif dengan mengundurkan kenderaan ke arah anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Yusoff Zaki Yaacob berkata peluru yang dilepaskan semalam diarahkan ke tayar belakang Myvi terbabit.

“Sebuah pergelutan berlaku namun suspek berjaya diberkas…

“Suspek kemudian mengaku bahawa dia berasa cemas apabila diarah untuk berhenti kerana baru sahaja dari menghisap syabu disamping berada dalam keadaan mabuk,” katanya.

Pihak polis turut menjumpai sebilah parang dan pisau dalam kederaan manakala hasil semakan menunjukkan LIMA (5) rekod jenayah lampau suspek.

Kes kini disiasat di bawah t Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.