Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dilaporkan

Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dilaporkan

0
SHARE
Runtuhan
Air lumpur dilihat melimpah dari kaki Gunung Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

RANAU, SABAH – Tiada mangsa dilaporkan susulan tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu, Kg. Mesilou di Kundasang awal pagi tadi selain banjir lumpur.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata menerima laporan dari seorang Pegawai Taman-Taman Sabah berhubung insiden yang berlaku pada jam 1.20 pagi.

“Ianya kemudian menyebabkan banjir lumpur pada jam lima pagi.

“Kejadian runtuhan di kaki gunung dilaporkan jauh dari kawasan perumahan dan tidak menjejaskan kawasan kampung berhampiran,” kata seorang jurucakap agensi.

Sekumpulan lima pasukan anggota Balai dan Bomba Penyelamat Ranau bertindak ke lokasi pada pukul 1.30 tengah hari bagi mendapatkan maklumat terperinci.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” sumber itu menambah.

Disamping itu, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr. Maklarin Lakim menjelaskan, kejadian berlaku di kawasan Ulu Sungai Mesilau di dalam Taman Kinabalu.

“Tanah runtuh berlaku jauh dari laluan mendaki gunung, dan tiada kemalangan yang melibatkan manusia.

“Kami sedang memantau perkembangan tanah runtuh di hulu sungai Mesilau dan kesannya terhadap aliran air sungai. Keadaan kini terkawal,” katanya.

Penduduk berhampiran berkata gegaran lemah boleh dirasai berikutan insiden itu.