KOTA KINABALU, SABAH – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui berbalut plastik sampah di Taman Indah Permai tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt George Rakman berkata, pihaknya menerima panggilan melalui MERS 999 daripada orang awam lebih kurang jam 7 malam ini.
Katanya, bayi tersebut ditemukan dalam tong sampah di kawasan parkir berhampiran pasar raya Bataras di kawasan Indah Permai itu.
Video berkenaan insiden itu telah tular di media sosial malam ini dan dapat dilihat melalui video bayi tersebut diletak di dalam sebuah troli sementara balutan plastik digantikan dengan kain selimut.
“Mangsa telah di hantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut…
“Pihak polis memohon kerjasama daripada orang awam untuk memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam sebuah kenyataan.