PM Ismail Sabri Belum Dapat Ilham Untuk Bubar Parlimen

PM Ismail Sabri Belum Dapat Ilham Untuk Bubar Parlimen

0
SHARE

NEW YORK – Perdana Menteri Malaysia Ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beliau belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen dan bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 September ini.

“Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah,” katanya semasa lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat.

Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT UMNO.

“Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang,” katanya…

Top 5 merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden UMNO.

Ditanya sama ada beliau sudah mendapat ilham bila akan membubarkan Parlimen semasa berada di bandar raya ini dan adakah ia semakin dekat, Ismail Sabri menjawab ‘belum lagi.’

“Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara,” katanya.

Perdana Menteri berkata, jika di Malaysia pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu.

“Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak mendapat apa-apa inspirasi,” katanya sambil tersenyum.