Mahasiswa Malaysia Yang Ditahan Telah Dibebaskan Mesir

Mahasiswa Malaysia Yang Ditahan Telah Dibebaskan Mesir

0
SHARE

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah pun dibebaskan pada petang 24 September.

Saifuddin dalam satu kenyataan semalam berkata, mahasiswa itu berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti terbabit.

Menurutnya, Kementerian Luar bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Republik Arab Mesir melalui Kedutaan Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur bagi memastikan kebajikan mahasiswa itu terpelihara.

“Kerajaan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama erat dalam perkara ini,” katanya…

Saifuddin berkata, kementerian sentiasa prihatin akan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.