Tiga Tahun Kumpul Duit Syiling, Wanita Indonesia Berjaya Kumpul Hampir RM20,000

Tiga Tahun Kumpul Duit Syiling, Wanita Indonesia Berjaya Kumpul Hampir RM20,000

0
SHARE

JAKARTA, INDONESIA – Siapa sangka hasil usaha gigh seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat mengumpul duit syiling selama tiga tahun kini membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengumpul 65 juta rupiah (RM18,887).

Menurut laporan Suara.com, wanita tersebut mendedahkan bahawa beliau akan menggunakan wang hasil menabung itu untuk menunaikan umrah.

“Alhamdulillah, hasil menabung selama tiga tahun, dapat mengumpul sebanyak 65 juta rupiah (RM18,887)…

Bolehlah saya pergi ke umrah,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Perkongsian tersebut, turut mendapat perhatian ramai orang yang rata-rata memuji usaha beliau dan mendoakan agar wanita tersebut dapat menunaikan hajatnya.

“Semoga perjalanan kamu dipermudahkan dan dilancarkan niat untuk ke Tanah Suci,” kata seorang netizen.

“Pekerja bank pun menangis lihat gambar ini,” kata seorang lagi pengguna.