PENAMPANG, SABAH – Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah ke atas sebuah pusat hiburan di Pekan Koidupan, Jalan Penampang Baru sini pada kira-kira 11.40 malam semalam berjaya menahan 28 individu.
Mereka yang ditahan merupakan enam (6) lelaki serta 22 pekerja premis berkenaan termasuk GRO tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Jurucakap bagi JIM Sabah berkata seramai 75 individu membabitkan pekerja dan pengunjung premis ditahan bagi menjalani pemeriksaan dokumentasi.
“Hasil pemeriksaan mendapati, 28 daripada individu terbabit gagal mempamerkan dokumen diri yang sah dan melanggar akta imigresen…
“Mereka adalah lima (5) lelaki dan 15 wanita warganegara Filipina serta seorang lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Tambahnya, ada beberapa individu ditahan turut melanggar syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Operasi Bersepadu Gegar JIM Sabah itu dijalankan dengan kekuatan seramai 37 pegawai dan anggota.