Selepas Tuaran, Ketua Cabang PKR Semporna Umum Keluar Parti

Selepas Tuaran, Ketua Cabang PKR Semporna Umum Keluar Parti

0
SHARE

SEMPORNA: Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd Amin Abdul Mem mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan parti serta keluar daripada PKR selepas 27 tahun bersama perjuangan reformasi.

Beliau berkata perubahan hala tuju parti kini dilihat beralih daripada prinsip asal kepada kompromi politik susulan perkongsian kuasa dalam Kerajaan Perpaduan, selain kekecewaan terhadap kegagalan PRN Sabah dan konflik dalaman parti.

Pandangan saya, Keadilan hari ini berubah rentak sedikit. Daripada yang dahulunya berani, tegas, jujur dan berprinsip, kini kepada kompromi, politiking dan memilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan penyokong keluar parti serta penubuhan Parti BERSAMA Malaysia dilihat sebagai kesinambungan idealisme reformasi dengan pendekatan baharu.

Mohd Amin turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan dan rakan seperjuangan sepanjang penglibatannya sebelum mengakhiri dengan pengumuman rasmi peletakan jawatan dan keluar parti.