PPM Tahan 3 Lelaki Mencuri Dari Sebuah Kapal Berlabuh

PPM Tahan 3 Lelaki Mencuri Dari Sebuah Kapal Berlabuh

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga (3) lelaki yang dipercayai mencuri dari sebuah kapal yang berlabuh di perairan Kota Kinabalu pada 12 Okt lepas.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu ASP Enturan Lageh yang dipetik Bernama berkata ketiga-tiga suspek ditahan dalam Ops Landai Khas, tengah hari semalam.

“Suspek yang berumur 31 hingga 42 tahun terbabit diberkas di Kampung Pondo, Pulau Gaya susulan aduan daripada penjaga kapal ‘Shasvada’ tentang kehilangan barang-barang di dalam kapal berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Enturan berkata dalam operasi itu, pihaknya turut merampas dua unit peti ais dari rumah seorang suspek.

Semakan awal mendapati dua daripada suspek juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan kesemua mereka telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.