PM Ketuai Delegasi Malaysia Ke Perhimpunan Agung PBB Bersatu Ke-77

PM Ketuai Delegasi Malaysia Ke Perhimpunan Agung PBB Bersatu Ke-77

0
SHARE
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob....

NEW YORK – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 di sini.

Beliau akan menyertai pemimpin dunia dari lebih 150 negara yang mula tiba di bandar itu pada Selasa, selepas pandemik Covid-19 membuatkan mereka terpaksa berucap pada perhimpunan tahunan itu secara maya sejak dua tahun lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, tema sesi ke-77 itu, Detik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait, adalah tepat pada masanya dan membolehkan negara anggota memanfaatkan platform pelbagai hala itu untuk menangani isu yang dihadapi dunia.

“Perhimpunan ini sentiasa memberi penekanan terhadap komitmen kolektif yang dibuat pemimpin dunia untuk menangani cabaran pandemik Covid-19, konflik Rusia-Ukraine dan perubahan iklim,” katanya kepada media Malaysia di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini pada Selasa, lapor Bernama

Saifuddin berkata, sesi ini akan menjadi penampilan kedua Perdana Menteri di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selepas menghadiri secara maya sesi ke-76 tahun lepas berikutan pandemik Covid-19.